photo

Monday, October 31, 2011

cara menangani cemburu buta




Betulkan Semula Niat – Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab itu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat ada ganjarannya. Kalau masa mula-mula dahulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tidak betullah langkahnya. Bila-bila masa sahaja kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab niatnya untuk suka-suka.

Kekasih kita itu bukan milik kita. – Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu, bukan ayah yang memiliki kita ini. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi, kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Justeru, bila semua ini Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Ingatlah bahawa bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

Dekatkan diri pada Maha Pencipta. – Ramai yang cemburu, dia rasa hidup ini macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam itu. Semua rasa tak tenang. Prasangka, syak, dan cemburu ini semua kerja syaitan. Tidak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan DIA sumber kekuatan kita. Pasti jika nada berfikiran sedemikian, rasa cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tidak tenang di hati akan hilang.


untuk ku.. untuk mu jua.. (^___^)

Saturday, October 29, 2011

syukur..


Aku percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?

Aku pun begitu juga. Aku tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah.

Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu.

Jadi, sama-samalah kita amalkan doa seperti dalam al-Quran al-Karim syorkan:

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. " [Al-Furqan(25):74]

Friday, October 28, 2011


hati ku rindu.... rasa syg ku smkin kuat.. tp knak dugaan yg dtg... lumrah wanita.. perasaan cmburu ya pasti ada... rasa cmburu bla ada orng yg sentiasa bri perhatian d wall nya.. mcm ada sesuatu hubungan jak...hati ku sntiasa gundah... Ya Allah.. lindungi & Jauhi lah hamba mu ini dr prasangka yg buruk... tenangkan hati ku ya Allah... kuatkan hati ku.. teguhkan keimanan ku.... Ya Allah.. dkatkan hati nya dgn hati ku... andai dia tidak tertulis untuk ku... tenangkan hati ku dan jd kan ku seorang yg tabah.... Ya Allah jadikan dia Mohamad ismail bin udin dikasihi pada hati2 yang beriman dan gembirakanlah dia mohamad ismail bin udin dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan dia amat mengasihi daripada segala nya... amin...

(~___~)



~✿..Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA..✿~

Thursday, October 27, 2011

JAGALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH..~

~I tell the boys and girls: Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time..~(Sheikh Mamdouh)

PENANTIAN adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam HARAPAN,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah KETABAHAN menghadapi cobaan,
SABARKANLAH ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah izinMu atas harapan ini,
Robbi TEGUHKANLAH ku di penantian ini,
Berikanlah CAHAYA terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat MENGADU segala rasa diri..

Moga mujahadah kita adalah keranaNya. Moga si dia (yang dalam pengetahuanNya) juga diberi kekuatan, moga si dia juga merasai manisnya mujahadah bersama. Yakinlah, janji Allah itu pasti.

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..~(Surah An-Nur : 26)

JAGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENJAGAMU

hatiku hanya untukmu from my ayg...love u ayg..

Wednesday, October 26, 2011


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.


apa-apa pun yg terjadi terima dengan hati yang REDHA...jd SENYUM JAK LAH..hihihi....(✿◠‿◠)

kebahagiaan (✿◠‿◠)


~✿..Semoga MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA, dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..✿~

InsyaAllah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN..kita masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan insan lain..semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS dan BISIKAN IKHLAS,“saya tumpang bahagia”

Semoga melihat kebahagiaan orang lain itu, menjadi KEBAHAGIAAN buat
kita..(✿◠‿◠)



pernah x dgr... "pelangi akan muncul setelah hujan turun dengan lebat setelah menbasahi bumi'' .....
maksudnya... apa2 juak masalah yg dtg.. pasti ada penyelesaian nya... seharus nya kt sentiasa bersyukur degan segala nikmat yang dh d bri pada kita...walau besar nie pun ujian yg d beri... harus kt trima dgn hati yg redha..








Monday, October 24, 2011

“Allah merahsiakan masa depan; untuk menguji kita agar berprasangka terbaik, berencana terbaik, berupaya terbaik, bersyukur & bersabar”
insyaAllah.. La Tahzan...



setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya... semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya....semakin kuat ujian buat nya...alhamdulillah.. atas dugaan mu Ya Allah.... kuat kan hati ku untuk menghadapi semua ujian mu...

Ya Allah kuat kan hati ku.. teguhkan lah iman ku.. beri kan ku kesabaran yg tinggi dan jdi kan ku seorang yang tabah Ya Allah....

smakin hari.. smakin bnyak dugaan datang... ingin d luahkan.. tp.. hurm..
hanya pintaku.. kuatkan  dan tabahkan lah hatiku dengan setiap dugaan yg telah di beri kepadaku...
WALAUPUN SEMAKIN JAUH BERUBAH . TETAPI SAYA TETAP SAYANG AWAK SEIKHLAS HATI SAYA...

Sunday, October 23, 2011

‎~✿..Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..✿~

>>> Semoga kamu tergolong di kalangan individu yang kembali kepada FITRAH dan BERJAYA dalam mengharungi DUGAAN dan CABARAN mendatang..
insyaAllah..(✿◠‿◠)



walaupun kebahagiaan yg d cipta semakin pudar.. kuat kan lah hati ku.. Ya Allah..