photo

Wednesday, May 22, 2013

Memaafkan dan teruskan perjalanan hidup mu..

Nabi s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” [HR. Muslim] “Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) …dengan memaafkan itu tanda kamu menjadi insan yang matang. [Pakar diari Hati]
…memaafkan di kata mulut itu bohongan hati, memaafkan di hati dengan KEIKHLASAN yang hakiki. Biarkan, jangan ambil peduli lagi setelah memaafkan, teruskan perjalanan hidup kamu dengan meninggal kisah silam itu di perhentian lepas.

Pasti ada yang lebih baik dalam aturan Allah di perhentian masa depan, jika kamu tidak terus berjalan tidaklah kamu sampai ke perhentian itu! Rencana Allah Maha Sempurna, jangan calitkan dengan sedikit keraguan pun.

Ya Allah, kembalikan KECERIAAN buat mereka yang kedukaan~ Ya Allah, gantikan TANGISAN mereka dengan senyuman~ Ya Allah, jika ini UJIAN maka berikan mereka kekuatan~
Sahabatku ketahuilah, tiada yang lebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.. Tiada yang lebih dekat kepadamu, melainkan Allah.. Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya..

Nasihat buat jiwa

Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.

Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan

Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.

Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !

Jiwaku mahu sahabat – sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.

Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.

Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat – sahabatku.

Moga Allah redha.

Dr; PHD

Tuesday, May 21, 2013

Kita dicipta saling menyempurnakan

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…Mengapa kamu berlengah lagi?..Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini… Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…

Mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??.. Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…

Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah…Kesempurnaan Hanya Milik Allah.

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.   Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. (Pakar Diari Hati)

Merawat hati yg sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda....

Monday, May 20, 2013

Fitrah

Fitrahnya LELAKI suka memuji,

sedangkan WANITA suka di puji.

Fitrahnya LELAKIsuka memuja,

sedangkan WANITA suka di puja-puja.

Fitrahnya LELAKIsuka melihat yang indah dan cantik,

sedangkan WANITA suka berhias dan berdandan.

Fitrahnya LELAKIsuka merayu,

sedangkan WANITA suka merajuk.
Fitrahnya LELAKI suka dengan menatap,

sedangkan WANITA suka menghindar dan malu.

Maka mari kita JAGA segala yang fitrah ini, agar tidak menjadi FITNAH,,,
InsyaAllah.

Ingin berubah..

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan.

Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta.

Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia.

Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya.

Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat.

Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa.

Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa-Mu, hulurkan pertolongan-Mu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah-Mu untuk aku terus di jalan-Mu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepada-Mu.”

Sunday, May 19, 2013

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.

Tips mengeratkan rasa cinta

Seseorang yang menyimpan cinta sejati menjadi lebih menghormati, mencintai, dan menyayangi pasangannya sepenuh hati. Seperti apakah wujud cinta sejati yang sesungguhnya?

Mencintai pasangan apa adanya dan Sabar dengan kekurangan dia ..

Saat kita merasakan cinta sejati menyelimuti hati, maka kita menjadi peribadi yang menyenangkan. Ikhlas menerima segala kekurangan dan kelebihan yang dimiliki pasangan. Tidak berpaling , kita tetap setia menjaga komitmen, meskipun saat itu ada orang lain yang memikat hati. kita pun yakin bahawa sang kekasih merupakan pilihan tepat untuk menjadi pendamping hidup.

Pengorbanan yang ikhlas Anda tak berhitung lagi soal material yang telah kita berikan kepadanya. kita pun rela berkorban untuk membahagiakan pasangan yang kita cintai. Memberi motivasi Seseorang yang sedang mabuk asmara akan berbuat apa saja demi membahagiakan pasangannya. Termasuk juga melakukan hal-hal positif yang  dapat mengeratkan hubungan cinta.

Sikap menghormati apabila kita mencintai pasangan, kita pasti akan memperlakukannya dengan sopan dan menghormatinya dengan baik. Hal itulah yang mampu membuat pasangan semakin cinta dan sayang kepada kita

BERIKUT INI IKHTIAR MENGERATKAN CINTA KASIH ANTARA SUAMI ISTERI, SEHINGGA KEHARMONISAN RUMAH TANGGA TERCIPTA

1. Saling memberi hadiah. Bukan Mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang kitalah yg MELEBIHKAN NILAInya.

2. Mengkhususkan waktu untuk duduk bersama..Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Yang menjadi penyebabnya, kerana dia sibuk menghabiskan waktunya untuk pelbagai pekerjaan yang berhubungan dengan pelajaran dan lainnya, sehingga meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam waktu lama.

3. Menampakkan wajah yang ceria. Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak cemberut.

4. Memberikan penghormatan dengan hangat kepada pasangannya, baik ketika hendak pergi keluar rumah ataupun ketika pulang. Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Dalam beberapa hadis diriwayatkan, ketika hendak pergi solat, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencium isterinya tanpa berwudhu lagi dan terus solat. Ini menunjukkan, bahawa mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.

5. Hendaklah memuji pasangannya. Di antara keperluan manusia adalah keinginan untuk di puji- dalam batas- yang wajar. Dalam masalah pujian ini, para ulama telah menjelaskan, bahawa pujian diperbolehkan atau bahkan dianjurkan dengan syarat-syarat: untuk memberikan motivasi, pujian itu diungkapkan dengan jujur dan ikhlas, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.

6. Bersama-sama melakukan tugas yang ringan. Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka mempunyai anggapan, jika melakukan tugas di rumah, bererti merendahkan kedudukannya, menurunkan atau menjatuhkan kewibawaannya di hadapan isteri. Pendapat ini tidak benar.

7. Perlu berekreasi berdua tanpa membawa anak. Rutin pekerjaan suami di luar rumah dan pekerjaan isteri di rumah membuat suasana menjadi keruh. Sekali-kali diperlukan suasana lain dengan cara pergi berdua tanpa membawa anak. Hal ini sangat penting, kerana dapat memperbaharui cinta suami isteri. Kita mempunyai anak, lantas bagaimana caranya? Ini memang sebuah problem. Kita cari solusinya, jangan menyerah begitu saja. Bukan bererti setelah mempunyai anak banyak tidak boleh pergi berdua.

8. Perlu adanya keterbukaan. Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara problem yang timbul di keluarga, lantaran antara suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan ‘problem’nya kepada pasangannya. Yang akhirnya kian menumpuk, sampai akhirnya meledak.

Inilah lapan tips untuk merekatkan hubungan suami isteri. Semoga bermanfaat, menjadi bekal keharmonian keluarga.

- Blog Pakar Cinta

Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah?  Hayati bait-bait kata ini..
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU…. dan
MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……

Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!