photo

Tuesday, September 24, 2013

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.   Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. (Pakar Diari Hati)

Hanya tuhan saja yg tahu

Cinta jarak jaoh.. sakit.. mmg skit.. lbih2 dh brumah tngga..

SETIA?
~✿ Kadangkala TERDENGAR dari mulut orang yang ber’couple’ :
“Aku ...ni jenis yang setia!”
Tertanya di lubuk hatiku, SETIA pada SIAPA SEBENARNYA? ✿~

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari PERUT ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu PENDENGARAN dan PENGLIHATAN serta hati (akal fikiran); supaya kamu BERSYUKUR.”
(Surah Nahl : 78)

  Dia menciptakan CINTA untuk menghiasi hati-hati manusia dan DIA juga mencipta RASA untuk MENYEMPURNAKAN lagi keindahan cinta..cinta adalah KEKUATAN, cinta adalah KEHIDUPAN, cinta adalah FITRAH..bagi manusia biasa, cinta manusia cukup indah dan sempurna..tapi, bagi hamba Allah yang SOLEH..cinta Allah itu adalah segalanya..cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selamanya..SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu..manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA, maka..SETIALAH pada cintaNYA..♥♥♥

KONGSIKAN! Dikisahkan, ada seorang anak muda yang merasa dirinya tidak bahagia. Setiap hari, dari jendela kamarnya dia melihat taman dan pemandangan


Dikisahkan, ada seorang anak muda yang merasa dirinya tidak bahagia.
Setiap hari, dari jendela kamarnya dia melihat taman dan pemandangan alam yang sangat indah, orang berlalu lalang, kanak-kanak bermain dengan gembira.
Tetapi fenomena itu tidak membuat hatinya bahagia. Justeru dia tidak mengerti, mengapa orang-orang di luar sana mampu ketawa bersama atau setidaknya menunjukkan wajah yang gembira.
Kerana melihat keadaan di sekitarnya, hatinya yang hambar, terusik pada pertanyaan, “Apa rahsia bahagia?”
Demi mendapatkan jawapan tersebut, si pemuda memutuskan keluar dari kamarnya dan mula bertanya kepada siapa saja yang mungkin mampu memberi jawapannya.
“Maaf pakcik, saya mahu bertanya, dari mana bahagia itu?” tanyanya kepada seorang pakcik yang tampak gembira melihat kanak-kanak yang sedang berlari.
“Bahagia? Dari mana datangnya? Lihat kanak-kanak itu,” jawab s pakcik dengan santai. Si pemuda memerhatinya dan tidak mengerti mengapa melihat kanak-kanak itu adalah kebahagiaan.
Dia pun berjalan terus dan berusaha bertanya beberapa orang lain tetapi tetap tidak memperoleh jawapannya, apa dan bagaimana bahagia itu. Hingga tibalah dia di depan rumah seorang petani yang sedang beristirehat sambil meniup seruling dengan nikmatnya.
Si pemuda menunggu sampai lagunya selesai dan mengajukan pertanyaan yang sama. “Masuklah ke sini,” si petani mempersilakan si pemuda dengan ramah.
“Pakcik sedang membuat seruling baru. Lihatlah! Begini caranya.” Tangannya pun sibuk memperagakan memilih buluh, mengusap dan membersihkan bulu-bulu halusnya dengan cermat.
“Setelah bersih, ratakan dan kemudian lubangkan.”
“Pakcik, saya ke sini bukan belajar membuat suling dan apa hubungannya semua ini dengan kebahagiaan?” tanya si pemuda dengan kesal.
“Anak muda, jangan marah dulu. Perhatikan dulu apa yang hendak pakcik jelaskan. Buluh sekecil ini mampu mendatangkan nada yang indah, rahsianya ada di lubang-lubang kecil ini.
Nah, sama dengan kebahagiaan yang kamu tanyakan. Buatlah lubang dan biarkan dia terbuka di dalam hatimu. Kerana tanpa kamu pernah membuka hati, sama halnya kamu tidak pernah memberi kesempatan pada hatimu sendiri dan selamanya kamu tidak akan mengenal, apa itu bahagia. Mudah kan? Apakah kau mengerti?”
“Ya, saya mengerti. Terima kasih.”

Sebab utama tidak bahagia dalam hubungan cinta, bukanlah kerana mereka tidak dicintai. Mereka dicintai, tapi dicintai dengan cara yang salah. Bahagia adalah keseimbangan. Tidak ada keseimbangan yang mampu dicapai tanpa penyesuaian. Kebahagiaan masa depanmu yang panjang itu, sangat bergantung kepada kemampuanmu untuk menemukan kebahagiaan di dalam dirimu