photo

Friday, December 9, 2011


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang pernah menangis, mereka yang pernah terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencoba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Hamba manusia yang pernah tersungkur dalam kekalutan dunia, hamba manusia yang pernah rebah dalam kealpaan cinta duniawi. Mengingati titik-titik noda terdahulu di atas...... hamparan sejadah suci hamba menadah kedua telapak tangan ini memohon keampunan dan rahmat dari-Mu agar memberikan hamba hidayah serta taufiq-Mu supaya hamba tidak tersimpang dari jalan-Mu, mengharapkan dipertemukan dengan bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Ya Allah…
ketika deru nafas ini mampu hamba kendalikan,hamba hanya ingin bernafas ketika menyebut asma-Mu...
Sekiranya kedip mata ini mampu hamba kendalikan, hamba hanya ingin membukanya saat berjumpa dengan-Mu...

Kerana sungguh, saat nafas ini menderu semakin melemah, hamba takut bukan asma-Mu lah yang terucap...Dan sungguh, saat mata ini memandang dunia dengan buaiannya, hamba takut tak mampu berjumpa dengan-Mu.

No comments:

Post a Comment